Kata-kata Hikmat

Kelilingi diri anda dengan orang yang hebat, maka anda akan menjadi hebat!
Mari Bersahabat...
28 ogos 2009, Bermulanya nafas baru bagi blog saya ini dan juga bersempena dengan Hari Jadi saya (pada hari ini). Diharap, blog ini sedikti sebanyak dapat membuka minda anda dengan kehebatan dunia perniagaan (Bisnes) dan juga memberikan motivasi kepada mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan ini dengan cemerlang.

Siapa Saya??
"Tak kenal Maka tak Cinta"...kata-kata itu sering kita dengari
bukan? Jadi, di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak latar belakang diri saya. Rakan-rakan bisnes yang lain lebih gemar memanggil saya dengan nama 'zek' dan sememangnya nama itu telah sinonim dengan pengguna-pengguna internet yang menjalankan perniagaan di ruangan cyber ini. Nama yang diberikan adalah Mohd Azlizaim bin Shamsudin, anak sulong dari 3 orang adik beradik dan berasal dari Pasir puteh, Kelantan. zek Masih di peringkat 20-an dan menceburi dunia perniagaan ini sejak 2006. zek menjadi Internet Marketer ini secara fulltime dan berpendapatan 5 angka sebulan (hanya melalui internet). Diharap apa yang zek ceritakan ini cukup untuk membuat anda 'jatuh cinta'. hehe, tak kenal maka tak cinta~


Apa itu e-JutawanCyber?
E-JutawanCyber atau lebh dikenali dengan nama e-JC merupakan satu group keusahawanan yang memfokuskan kearah mencapai kebebasan kewangan menggunakan internet sebagai penghantaraan. Group ini zek tubuhkan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain yang masing-masing mempunyai pendaptan 4~5 angka sebulan. Bersama-sama e-JC, anda berpeluang memperlajari dan mengikuti bagaimana cara untuk mencapai status jutawan dan juga kebebasan kewangan (financial freedom). Banyak tips-tips hebat yang jarang sekali difikirkan oleh usahwan-usahawan internet dan ianya menjadi 'rahsia hebat' bagi group ini. Sertai kami dan alami sendiri bagaimana perasaan seseorang yang mempunyai status 'kebebasan kewangan'.
0 Responses

Post a Comment

Got something to say? just Say it Right!

  • Add my Facebook!

    Rakan-rakan