Kata-kata Hikmat

Kelilingi diri anda dengan orang yang hebat, maka anda akan menjadi hebat!
“ko tak apa la hebat, aku biasa saja…”

Setiap kali melihat kejayaan orang (tidak kira di dalam bidang apa pun), sering kita ungkapkan seperti itu kepada mereka. Mengapa? Kerana kita tahu kita tidak mampu menjadi seperti mereka bukan? Kerana kita tahu kita tidak dilahirkan hebat seperti mereka? Tidak nampak jalan untuk jadi hebat seperti mereka? Baca ini berulang kali….

“aku hebat! Aku hebat! Dan aku hebat!!”

Katakan kepada diri anda! Manusia adalah ciptaan yang hebat dan sebaik-baik makhluk yang ada di muka bumi ini. Orang yang memaksimakan kehebatan dirinya umpama sebuah kereta lamboghini yang sentiasa digilat dan dijaga, yang kelihatan semakin cantik (tidak lapuk dek zaman). Manakala orang menganggap dirinya tidak hebat dan sentiasa ‘down’ umpama sebuah lamboghini(model yang sama) yang dibiarkan berkarat di tepi jalan di bawah sinaran matahari yang berdiri tegak di atas kepala yang lama kelamaan semakin usang.

Gilat diri anda, hakis semua karat itu! Anda sememangnye orang yang dilahirkan hebat! Hanya perlu memaksimakan kehebatan anda sahaja! Mustahil? Lihat latarbelakang mereka ini…..

Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk

Jim Carrey pernah menjadi janitor (penjaga bangunan)

Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol

Robin Williams pernah menjual ais krim

Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah

Mariah Carey pernah bekerja sebagai peneliti topi (periksa topi rosak atau tidak sebelum dijual)

Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/mengurus surat

Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai

Mereka ini artis yang menjadi pujaan ramai pernah melalui pelbagai pengalaman yang anda tidak terbayang sebelum ini! Dan mereka bukan dilahirkan hebat seperti mana yang anda fikirkan! Mereka memaksimakan kehebatan mereka sahaja yang sedia ada dan bukan terus dilahirkan sebagai artis! (ikuti kehebatan mereka menempuhi halangan, jangan pula diikut apa yang tidak elok - gejala barat).

Kenapa tidak anda?! Untuk memulakan sesuatu, dan menjadi hebat di dalam sesuatu….anda perlu PASANG minat, dan usaha yang berterusan.Kemudian, pasang strategi untuk mencapainya. Jadi, Mulakan setiap langkah anda dengan katakan pada diri anda……

“aku Yakin aku boleh capainya kerana aku hebat!!”

Pengguna Internet yang Bijak!
Sering kali Kita dengar bagaimana ramai pengguna internet sekarang berjaya menjana pendapatan beribu ringgit malah ade yang bergelar jutawan walaupun berusia belasan tahun! Percaya atau tidak, itu lah realitinya dan selalu ditolak tepi oleh kita yang juga merupakan pengguna internet sama seperti mereka. Setiap hari, bilangan pengguna internet sangat ramai dan periklanan secara online sememangnya menjadi pilihan utama bagi Syarikat-syarikat gergasi bagi mendapatkan pelanggan mereka dari seluruh dunia. Jika anda seorang usahawan dan menjual apa-apa produk, inilah masanya!

Namun, Masih ramai yang sehingga kini tercari-cari peluang perniagaan yang benar-benar berkesan dan memberikan pendapatan yang lumayan dengan cara yang tidak rumit. Ada di antara kita yang pernah melibatkan diri di dalam dunia bisnes tetapi gagal. Ada juga yang pernah Berjaya tetapi tidak kekal lama. Ada juga yang sudah mempunyai bisnes (atau bekerja sendiri) tetapi masih tidak dapat memaksimakan keuntungannya. Dan ada juga yang sampai hari ini masih tidak diberi atau menerima apa-apa peluang hebat yang sememangnye sangat-sangat hebat di abad ini!

Kenapa kita perlu melihat kejayaan orang lain sedangkan kejayaan yang sama juga kita boleh capai?! Tanya Diri anda hari ini, ANDA MAHUKANNYA ATAU TIDAK??
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..."
Kenapa Perniagaan dan bukan bidang lain?
Anda berhak memilih bidang yang anda minati. tidak semua perlu ada minat bidang yang sama. Jika satu malaysia ini memilih bidang kedoktoran, semua jadi doktor, di mana pesakitnya? jika semua berniaga, di mana pelanggannya? it's a basic nature! so, di mana anda di dalam sistem skrg? seorg doktor? seorg engineer? atau masih seorg pelajar? siapa jua anda, Bidang perniagaan sememangnya nye sesuai untuk sesiapa sahaja. ia boleh di lakukan part time atau fulltime. anda yang tentukan!

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
penemuan penyelidikan yang dilakukan di USA, 5 cara jadi jutawan:
- 74% Jutawan datangnya drpd Pemilik Perniaggan
- 10% Jutawan datangnya drpd golongan eksekutif senior (memanjat tangga korporat)
- 10% Jutawan datangnya dari golongn professional (doktor,peguam, dan lain-lain)
- 5% jutawan datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan
- 1% Jutawan datangnya drpd pelbagai golongan lain.

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
jika anda mencari sumber rezeki, perniagaan lah pilihannya! tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda skrg, hanya menceburi bidang ini secara part time sudah mencukupi! Rasulullah s.a.w bukan sekadar meletakkan 74% malah 90% (9/10) punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar).

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
Kerana saya (kami) tahu betapa pentingnya wang pada zaman sekarang. wang bukan segala-galanya nye tetapi segala-galanya memerlukan wang! saya nk ke sana memerlukan wang. saya nk beli benda nie memerlukan wang. saya nk sedekahkkn kepada warga yang memerlukan pun memerlukan wang. nk hantar mak ayah ke haji memerlukan wang. diri sendiri nk menunaikan haji memerlukan wang. tidak kire yang masih bersekolah lagi. tekanan demi tekanan terhadap wang makin meningkat. cuba bayangkan diri anda tidak risau dengan tekanan ini? bukankah ianya satu kebebasan kepada diri anda? begitu juga saya (kami), itulah impian yang dikejar.....

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
tepuk dada tanya diri anda sendiri....adakah ianya bukan satu 'keperluan' untuk anda mempunyai pendaptan sampingan mahupun mengejar kebebasan kewangan untuk diri anda dan keluarga anda sendiri? usah cipta alasan demi alasan. ciptalah kejayaan demi kejayaan.


FAKTA: mencapai impian menjadi jutawan bergantung kepada Bila masa anda Memulakan langkah! Dr. Irfan Khairi, jutawa internet malaysia mencapai cita2 beliau ketika berumur 25 tahun dan memulakan langkah ketika berusia 18tahun lagi! anda pula bagaimana???
Mari Bersahabat...
28 ogos 2009, Bermulanya nafas baru bagi blog saya ini dan juga bersempena dengan Hari Jadi saya (pada hari ini). Diharap, blog ini sedikti sebanyak dapat membuka minda anda dengan kehebatan dunia perniagaan (Bisnes) dan juga memberikan motivasi kepada mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan ini dengan cemerlang.

Siapa Saya??
"Tak kenal Maka tak Cinta"...kata-kata itu sering kita dengari
bukan? Jadi, di sini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak latar belakang diri saya. Rakan-rakan bisnes yang lain lebih gemar memanggil saya dengan nama 'zek' dan sememangnya nama itu telah sinonim dengan pengguna-pengguna internet yang menjalankan perniagaan di ruangan cyber ini. Nama yang diberikan adalah Mohd Azlizaim bin Shamsudin, anak sulong dari 3 orang adik beradik dan berasal dari Pasir puteh, Kelantan. zek Masih di peringkat 20-an dan menceburi dunia perniagaan ini sejak 2006. zek menjadi Internet Marketer ini secara fulltime dan berpendapatan 5 angka sebulan (hanya melalui internet). Diharap apa yang zek ceritakan ini cukup untuk membuat anda 'jatuh cinta'. hehe, tak kenal maka tak cinta~


Apa itu e-JutawanCyber?
E-JutawanCyber atau lebh dikenali dengan nama e-JC merupakan satu group keusahawanan yang memfokuskan kearah mencapai kebebasan kewangan menggunakan internet sebagai penghantaraan. Group ini zek tubuhkan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain yang masing-masing mempunyai pendaptan 4~5 angka sebulan. Bersama-sama e-JC, anda berpeluang memperlajari dan mengikuti bagaimana cara untuk mencapai status jutawan dan juga kebebasan kewangan (financial freedom). Banyak tips-tips hebat yang jarang sekali difikirkan oleh usahwan-usahawan internet dan ianya menjadi 'rahsia hebat' bagi group ini. Sertai kami dan alami sendiri bagaimana perasaan seseorang yang mempunyai status 'kebebasan kewangan'.
  • Add my Facebook!

    Rakan-rakan

  • There was an error in this gadget