Kata-kata Hikmat

Kelilingi diri anda dengan orang yang hebat, maka anda akan menjadi hebat!
Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts
“ko tak apa la hebat, aku biasa saja…”

Setiap kali melihat kejayaan orang (tidak kira di dalam bidang apa pun), sering kita ungkapkan seperti itu kepada mereka. Mengapa? Kerana kita tahu kita tidak mampu menjadi seperti mereka bukan? Kerana kita tahu kita tidak dilahirkan hebat seperti mereka? Tidak nampak jalan untuk jadi hebat seperti mereka? Baca ini berulang kali….

“aku hebat! Aku hebat! Dan aku hebat!!”

Katakan kepada diri anda! Manusia adalah ciptaan yang hebat dan sebaik-baik makhluk yang ada di muka bumi ini. Orang yang memaksimakan kehebatan dirinya umpama sebuah kereta lamboghini yang sentiasa digilat dan dijaga, yang kelihatan semakin cantik (tidak lapuk dek zaman). Manakala orang menganggap dirinya tidak hebat dan sentiasa ‘down’ umpama sebuah lamboghini(model yang sama) yang dibiarkan berkarat di tepi jalan di bawah sinaran matahari yang berdiri tegak di atas kepala yang lama kelamaan semakin usang.

Gilat diri anda, hakis semua karat itu! Anda sememangnye orang yang dilahirkan hebat! Hanya perlu memaksimakan kehebatan anda sahaja! Mustahil? Lihat latarbelakang mereka ini…..

Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk

Jim Carrey pernah menjadi janitor (penjaga bangunan)

Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol

Robin Williams pernah menjual ais krim

Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah

Mariah Carey pernah bekerja sebagai peneliti topi (periksa topi rosak atau tidak sebelum dijual)

Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/mengurus surat

Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai

Mereka ini artis yang menjadi pujaan ramai pernah melalui pelbagai pengalaman yang anda tidak terbayang sebelum ini! Dan mereka bukan dilahirkan hebat seperti mana yang anda fikirkan! Mereka memaksimakan kehebatan mereka sahaja yang sedia ada dan bukan terus dilahirkan sebagai artis! (ikuti kehebatan mereka menempuhi halangan, jangan pula diikut apa yang tidak elok - gejala barat).

Kenapa tidak anda?! Untuk memulakan sesuatu, dan menjadi hebat di dalam sesuatu….anda perlu PASANG minat, dan usaha yang berterusan.Kemudian, pasang strategi untuk mencapainya. Jadi, Mulakan setiap langkah anda dengan katakan pada diri anda……

“aku Yakin aku boleh capainya kerana aku hebat!!”

Kenapa Perniagaan dan bukan bidang lain?
Anda berhak memilih bidang yang anda minati. tidak semua perlu ada minat bidang yang sama. Jika satu malaysia ini memilih bidang kedoktoran, semua jadi doktor, di mana pesakitnya? jika semua berniaga, di mana pelanggannya? it's a basic nature! so, di mana anda di dalam sistem skrg? seorg doktor? seorg engineer? atau masih seorg pelajar? siapa jua anda, Bidang perniagaan sememangnya nye sesuai untuk sesiapa sahaja. ia boleh di lakukan part time atau fulltime. anda yang tentukan!

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
penemuan penyelidikan yang dilakukan di USA, 5 cara jadi jutawan:
- 74% Jutawan datangnya drpd Pemilik Perniaggan
- 10% Jutawan datangnya drpd golongan eksekutif senior (memanjat tangga korporat)
- 10% Jutawan datangnya dari golongn professional (doktor,peguam, dan lain-lain)
- 5% jutawan datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan
- 1% Jutawan datangnya drpd pelbagai golongan lain.

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
jika anda mencari sumber rezeki, perniagaan lah pilihannya! tidak perlu meninggalkan pekerjaan anda skrg, hanya menceburi bidang ini secara part time sudah mencukupi! Rasulullah s.a.w bukan sekadar meletakkan 74% malah 90% (9/10) punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar).

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
Kerana saya (kami) tahu betapa pentingnya wang pada zaman sekarang. wang bukan segala-galanya nye tetapi segala-galanya memerlukan wang! saya nk ke sana memerlukan wang. saya nk beli benda nie memerlukan wang. saya nk sedekahkkn kepada warga yang memerlukan pun memerlukan wang. nk hantar mak ayah ke haji memerlukan wang. diri sendiri nk menunaikan haji memerlukan wang. tidak kire yang masih bersekolah lagi. tekanan demi tekanan terhadap wang makin meningkat. cuba bayangkan diri anda tidak risau dengan tekanan ini? bukankah ianya satu kebebasan kepada diri anda? begitu juga saya (kami), itulah impian yang dikejar.....

kenapa perniagaan menjadi pilihan?
tepuk dada tanya diri anda sendiri....adakah ianya bukan satu 'keperluan' untuk anda mempunyai pendaptan sampingan mahupun mengejar kebebasan kewangan untuk diri anda dan keluarga anda sendiri? usah cipta alasan demi alasan. ciptalah kejayaan demi kejayaan.


FAKTA: mencapai impian menjadi jutawan bergantung kepada Bila masa anda Memulakan langkah! Dr. Irfan Khairi, jutawa internet malaysia mencapai cita2 beliau ketika berumur 25 tahun dan memulakan langkah ketika berusia 18tahun lagi! anda pula bagaimana???
  • Add my Facebook!

    Rakan-rakan