Kata-kata Hikmat
Kelilingi diri anda dengan orang yang hebat, maka anda akan menjadi hebat!
Setiap kali melihat kejayaan orang (tidak kira di dalam bidang apa pun), sering kita ungkapkan seperti itu kepada mereka. Mengapa? Kerana kita tahu kita tidak mampu menjadi seperti mereka bukan? Kerana kita tahu kita tidak dilahirkan hebat seperti mereka? Tidak nampak jalan untuk jadi hebat seperti mereka? Baca ini berulang kali….
“aku hebat! Aku hebat! Dan aku hebat!!”
Katakan kepada diri anda! Manusia adalah ciptaan yang hebat dan sebaik-baik makhluk yang ada di muka bumi ini. Orang yang memaksimakan kehebatan dirinya umpama sebuah kereta lamboghini yang sentiasa digilat dan dijaga, yang kelihatan semakin cantik (tidak lapuk dek zaman). Manakala orang menganggap dirinya tidak hebat dan sentiasa ‘down’ umpama sebuah lamboghini(model yang sama) yang dibiarkan berkarat di tepi jalan di bawah sinaran matahari yang berdiri tegak di atas kepala yang lama kelamaan semakin usang.
Gilat diri anda, hakis semua karat itu! Anda sememangnye orang yang dilahirkan hebat! Hanya perlu memaksimakan kehebatan anda sahaja! Mustahil? Lihat latarbelakang mereka ini…..
Brad Pitt pernah menjadi penghantar peti sejuk
Jim Carrey pernah menjadi janitor (penjaga bangunan)
Jerry Seinfeld pernah menjadi jurujual mentol
Robin Williams pernah menjual ais krim
Denzel Washington pernah menjadi tukang membawa sampah
Mariah Carey pernah bekerja sebagai peneliti topi (periksa topi rosak atau tidak sebelum dijual)
Jack Nicholson pernah bekerja sebagai membahagi/mengurus surat
Ashton Kutcher pernah bekerja sebagai pencuci lantai
Mereka ini artis yang menjadi pujaan ramai pernah melalui pelbagai pengalaman yang anda tidak terbayang sebelum ini! Dan mereka bukan dilahirkan hebat seperti mana yang anda fikirkan! Mereka memaksimakan kehebatan mereka sahaja yang sedia ada dan bukan terus dilahirkan sebagai artis! (ikuti kehebatan mereka menempuhi halangan, jangan pula diikut apa yang tidak elok - gejala barat).
Kenapa tidak anda?! Untuk memulakan sesuatu, dan menjadi hebat di dalam sesuatu….anda perlu PASANG minat, dan usaha yang berterusan.Kemudian, pasang strategi untuk mencapainya. Jadi, Mulakan setiap langkah anda dengan katakan pada diri anda……
“aku Yakin aku boleh capainya kerana aku hebat!!”
Post a Comment
Got something to say? just Say it Right!